Beautiful skin starts here

Fahami kulit anda. Pilih rawatan yang sesuai.

Dapatkan pemeriksaan kulit dan konsultasi sebelum memilih rawatan wajah. Pilih cawangan Naarabelle berdekatan dan tempah slot anda dengan mudah.

Therapist Naarabelle berbincang dengan pelanggan semasa konsultasi kulit

Tak pasti rawatan yang sesuai?

Mulakan dengan apa yang kulit anda perlukan

Setiap kulit berbeza. Ceritakan apa yang anda ingin perbaiki, dan pasukan Naarabelle boleh membantu mencadangkan pilihan selepas pemeriksaan kulit.

Rawatan

Kenali rawatan wajah Naarabelle

Terokai rawatan yang ditawarkan. Ketersediaan, tempoh dan harga bergantung pada cawangan serta keadaan kulit anda.

Harga asas; harga di sesetengah cawangan mungkin berbeza dan akan dipaparkan sebelum anda menempah.

Cara membuat tempahan

Tempah dalam beberapa langkah

  1. 1Pilih cawanganCari lokasi yang dekat dengan anda.
  2. 2Pilih konsultasi atau rawatanJika belum pasti, pilih konsultasi terlebih dahulu.
  3. 3Pilih tarikh dan masaLihat slot yang tersedia di cawangan itu secara langsung.
  4. 4Sahkan tempahanBayar deposit RM20 melalui WhatsApp cawangan. Pengesahan dihantar ke WhatsApp anda selepas deposit diterima.
Mula tempah
Bilik rawatan wajah yang bersih dan tenang

Kenapa Naarabelle

Penjagaan bermula dengan memahami kulit

  • Pemeriksaan & konsultasiBincang keperluan kulit sebelum memilih rawatan.
  • Cadangan mengikut individuRawatan dicadangkan berdasarkan pemerhatian therapist dan maklumat pelanggan.
  • Pilihan cawanganPilih lokasi yang sesuai dengan perjalanan harian anda.
  • Mudah menempahSemak pilihan rawatan dan slot melalui sistem tempahan.
Langkah sesi wajah: pembersihan, konsultasi dan urutan relaksasi

Testimoni

Pengalaman pelanggan kami

Cawangan

Cari Naarabelle berdekatan anda

21 cawangan di 11 negeri. Pilih negeri, kemudian tempah terus di cawangan pilihan anda.

Nombor rasmi Naarabelle. Hubungi team sales kami hanya melalui nombor WhatsApp yang tertera pada setiap cawangan di bawah, atau tempah terus di laman ini. Jika ragu-ragu, semak nombor itu di sini sebelum membuat sebarang bayaran.

Soalan lazim

Ada soalan?

Saya pertama kali buat facial. Rawatan mana sesuai?

Mulakan dengan pemeriksaan kulit dan konsultasi. Pasukan cawangan akan membantu anda memahami pilihan yang sesuai.

Berapa lama satu sesi?

Tempoh bergantung pada rawatan dan dipaparkan pada setiap rawatan sebelum anda memilih slot.

Perlu bayar deposit?

Ya, deposit RM20 seorang dibayar melalui WhatsApp cawangan untuk mengesahkan slot. Deposit ditolak daripada harga rawatan di cawangan.

Boleh tukar atau batalkan slot?

Kami hantar peringatan di WhatsApp sebelum temujanji. Balas 2 pada peringatan itu untuk menukar masa, atau hubungi cawangan anda.

Adakah hasil rawatan sama bagi semua orang?

Keadaan kulit dan respons setiap individu berbeza. Bincangkan jangkaan anda semasa konsultasi.

Jom mulakan penjagaan kulit anda

Pilih cawangan, semak slot, dan buat tempahan pertama anda bersama Naarabelle Facespa.

Cari Cawangan & Tempah Slot